Jangan Biarkan IBU Menangis... :')
Tuesday, September 27, 2011 . 2 word(s) .
KERANA TELEFON BIMBIT, IBU DIKETEPIKAN !
Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita dialam siber ini...Lama saya tak update saya punya hikayat ni. Sampai bersawang dan bersarang anai-anai saya tengok blog saya...Ngee~
Tanpa membuang masa lagi,meh kita masok topik yang nak direnungkan hari ini... Iaitu tentang SEORANG INSAN yang bergelar IBU.
Ibu adalah kawan dikala kita sedih,gembira,marah,meraung, atau apa2 saja situasi yang kita lalui...Ibu lebih memahami perasaan kita, daripada KAWAN,PAKWE or MAKWE...Ibu jugak yang paham diri kita.. Sebab dia yang melahirkan kita kawan-kawan. (: Jadi, amat BODOHLAH pada sesiapa yang meluad kat ibu sendiri semata-mata benda lain. Ibu kita halang kita buat benda tak elok sebab dia sayang kita..Awad cek? Nak tunggu beranak anak haram dulu ka baru nak cari MAK? Nak tunggu masok pusat serenti dulu ka baru nak maraung mintak tolong dekat MAK? Betuah punya anak...Fikirla,tak bau syurga kita kalau bagi IBU menangis tau...Takkan nak jadi ahli NERAKA JAHANAM? Bangga ka kalau dapat jadi? Nauzubillah...Mintak jangan la..
Macam satu kisah ni..Cerita ni saya baca dalam satu buku yang mak saya beli. Ya Allah,menitis air mata baca cerita tu...Cerita dia macam ni :
Puan Zaitun ( bukan nama sebenar ) , mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun. Budak nak SPM. Dia kurang senang melihat perangai anaknya yang tak ubah-ubah walaupun exam dah dekat. Bila pn.zaitun menghendap apa yg dilakukan oleh anak perempuannya di dalam bilik,dia sangat sedih. Nak tau sebab apa? Sebab anaknya hanya duduk goyang kaki, gayot dengan telefon 24 jam. Mesej setiap saat. Baca majalah pelik-pelik...Mangga la, pelam la semua ada. Macam tak dak apa2 ja...Padahal budak SPM tuh..Tak sedaq diqi sunggoh pompuan ni.. =_=''
Dia pon menegur anak perempuannya itu.. "Akak,mak tgk kau ni tak belajar pon. Pergi sekolah balik sekolah je. Kat rumah kau tak buatpun ulangkaji..Exam dah dekat akak..Kau nak main2 lagi ke? Kita ni bukan orang senang..Tambah kau anak tunggal mak. Harapan mak slepas ayah kau dah meninggal. Kau tak kesian kat mak ke akak? Tak nak ke berjaya macam kawan2 yang lain? " Tanya pn.zaitun dengan lembut. Siap tanya lembut2 lagi tu..Dok tak sedaq diqi jugak..Maken biadap ja !
Anak perempuannya pon menjawab la.."Ish,mak ni kan..Orang tau la nak baca buku ke tak nak ke..Bukan mak punya pasai...Lantak orang la !!! Kalot ja ! Kat sekolah orang dah belajaq dah la ! Cukop la tu ! Bebel 24 jam ! Tention tau tak ! " Dengan bengis dan biadapnya pompuan tu jawab kat mak dia...
Terkejut pn.zaitun mendengar percakapan anaknya itu. Dia pon mula naik angin...
" Kenapa kau kurang hajar sangat ni hah akak ?! Aku ni mak kau tau ! Aku bukan kawan kau ! Kau belajar mana jawab tak dak adab dengan mak macam ni?! Kenapa dengan kau ni hah ?!! Mak tak pernah ajar kau biadap kau tau !! Sekarang bak hendphone tu kat mak !Bagi cepat ! " Pn.zaitun pon bergelut dengan anaknya untuk mengambil handphone itu. Akhirnya pn.zaitu berjaya mendapatkannya...Dan depa2 anaknya,pn.zaitun telah menghempas handphone itu ke lantai sehingga berkecai...Dah tak dak rupa handpone kalau tengok.
"Sebab benda tak guna ni lah kau jadi biadap dengan mak kau sendiri kau tau !!! " Kata pn.zaitun lagi.
Tercengang anak perempuannya itu melihat handphon kesayangannya dihempas..
"Mak jahat !! Mak memang jahat ! Mak dengki ! Mak bagi lingkop handphone yang balak akak bagi ! Mak dengki !! Mak jahat ! Benci mak !!!!!!" Dengan macam dirasuk syaitan (memang pon) , anaknya itu terus menolak pn.zaitun sehingga dahi pn.zaitun terhantok pada kerusi meja makan rumahnya. YA ALLAH,menitis air mata pn.zaitun ketika itu kawan-kawan...Tidak dia dapat menyangka,bahawa anak perempuannya yg selama ini dia sangat2 sayang,membuat perkara begitu keatas dirinya...Astaghfirullah.
Selepas itu,anaknya teros keluar dari rumah,tanpa memberitahu pn.zaitun kemana dia hendak pergi...( rumah balak terchenta pompuan tu la kot..Tuih ! )
Pn.zaitun hanya mampu melihat gerak-geri anaknya itu sambil menangis...Dia sangat2 lemah ketika itu. Yang hanya mampu pn.zaitun lakukan ialah,berdoa kepada ALLAH...Agar anaknya itu kembali kepangkal jalan...Walaupun telah dianiayai dengan kejam oleh anak sendiri, Pn.zaitun tetap mendoakan yang terbaik sahaja untuk anaknya itu...Subhanallah,betapa penyayangnya hati seorang IBU...
Kisah ini kisah benar kawan-kawan...Tidakkah anda semua rasa,betapa kejamnya seorang anak...Disyurga nanti,buka handphone yg nak menolong kita...Bukan majalah mangga yang nak tolong kita..Sebaliknya amalan kita kawan-kawan...
Malu la sikit...Kita keluaq dari perut mak tau..Tak rasa ka diri tu tak malu kalau kurang hajar ? Tak padan dengan keluaq dari perut mak nak buat biadap...Lain la kalau keluaq dari perot sendiri...Biadap la kalo nak biadap dengan diri sendiri pon !!! Renung-renungkan la kawan-kawan...Dunia makin dihujung garizan...Amalan kita dah banyak mana dah? Dah ready nak ke alam barzakh? Belum cukup amalan kita kawan-kawan...Hargailah IBU anda sementara mereka masih didunia. Kalau kita buat kat IBU kita benda tak elok,masa depan nanti anak2 cucu kita akan buat balik benda yg sama...Baru berakai kot masa tu kan? Pikiaq-pikiaq lah noh...Maseng2 dah besar...Akai dah cerdik. Pandai-pandai la bawak diri... (:
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ! ^_^
CERITA INI COPY AT : Buku " Jangan Biarkan Ibu Menangis " ~
Sayang-sayang IBU... (:
Laff chiuu MAK... :')
INI MAK SAYA ==>
Pn.Norain Bt.Abdul Kadir
(Bondaku yang tercinta)
(: <3 <3